MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!

Assalamulaikum w.b.t

Selamat merdeka diucapkan kepada semua rakan-rakan blok L37 serta rakyat Malaysia sekalian. Hari ini, genap 52 tahun kemerdekaan negara kita.. Jadi, selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua. Semoga kemerdekaan ini mengingatkan kita sejauh manakah diri kita merdeka, sejauh manakah minda kita merdeka, dan sejauh manakah iman, hati dan jiwa kita merdeka dari anasir2 negatif..

Tapi, aktiviti blok jangan dilupa yer…

Sian kwn2 kite nih, hanya mereka yang setia menyambut kemerdekaan untuk blok kite..hahaha

Salam kemerdekaan…

~Moucha~



Hubungan mesra antara ahli blok begitu menyerlah skali pada gmbr diatas.. Bad ngan Daus saling berbincang bagi mempatriotikkan blok. (psst..... Bob pon ape kurangnye, begitu bersemangat meletakkan bendera dibahagian bilik adiknye yang tercinta, Zul)


Pergh.. Abg ketua blok kte menunjukkan semangat patriotik nyer sampi baju pon pakai jalur gemilang gak . Patut la bendera malaysia kat KTHO dah makin kurang.. Rupanye Abg Moucha kiter yang amik wat baju..... =p



Ni pulak Abg Daus kiter selaku model utk program merdeka villa 37. Beliau juga dikenali sbgi Raja 1 Malaysia.. Voley.. voley.. voley.. Vogue gitu Abg Daus. Sujud2.. Ratz.. ratz.. ratz..


Perancangan yg bgitu teliti skali antara 3 org pakar hiasan. Kalah Eric Leong..










Perghh.. Ni mcm gaya nk shooting film je. Daus amik softboard sbb tak tahan panas eyh??. Ye la.. model katakan.. Nanti tak vogue plak..









Inilah dier jalur gemilang yg tersegam indah di depan bilik Moucha a.k.a ketua blok. Eyh.. Abg Moucha kite tengah tukar baju la... Sujud skit bilik ketua blok.. Ratz.. ratz.. ratz..








Inilah hasilnya selepas penat lelah meletakkan kesemua bendera di sekitar villa 37. Ni baru skit.. Menghias blok episode 1.. Episode 2 akan menyusul kemudian.. Aidilfitri version nyer.. Yeahhh!!










(psstt.. Ahli-ahli blok lain juga telah menyumbangkan idea.. Diorg tak de time program ni sbb pegi perhimpunan villa-villa terbaeeekkkk!!!!! sedunia....)

Jejaka-Jejaka Tampan L37

SIDE A

L37/102
Nama : Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Murshid
Nama Saintifik : Akhi Viva
Status : Tak lam
e lg tnggu jela.. (psstt.. Budak KTF)
Ayat Pengasih : The Power of Imagination Makes us Infinite
Idola : Kamen Rider


L37/
103
Nama : Badrul Hisham Baizuddin bin Ahmad Tugi
Nama Saintifik : Satria 'Badigol'
Status : Berubah-ubah ikut keadaan suhu
Ayat Pengasih : Kelajuan adalah segalanya
Idola : Firdaus & Zulhilmi

L37/104
Nama : Muhammad Fakhrul Razi bin Mohamed Rosli
Nama Saintifik : Angah a.k.a Toyol Topup
Status : Hatinya sentiase utk si dia di USM
Ayat Pengasih : Good Relationship & Knowledge Stand The Test of Time
Idola : Upin & Ipin


L37/105
Nama : Mohd Farhan Bin Roslan
Nama Saintifik : Bat-Paan-Man
Status
: Busy sbb tiap2 mlm sibuk wat keje amal
Ayat Pengasih : It's not who I'm underneath but what I do that defines me
Idola : Ibnu Si
na, Al- Khawarizmi, Karl Maxwell, Zed Zaidi


L37/106
Nama : Mohd Amzar bin Mohamed Zahari
Nama Saintifik : Majin Buu @ Si Comel
Status : Setia pada nak makcik nyer yg dikasihi
Ayat Pengasih :
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Idola : Majin Buu, Optimus Prime, Gundam
Blog peribadi: http://coret-carut.blogspot.com/

L37/107
Nama : Mohamad Amirrun Nazrie bin Suhaimi
Nama Saintifik : Boooobby!!! a.k.a Bob
Status : Bersama sama adik2 1st year
Ayat Pengasih : Towards Global Bob
Idola : Dr. Lan, Dr.Firdausi


L37/202
Nama : Mohd Taufek bin Mohd Noh
Nama Saintifik : Penjaga Hose Washing Machine
Status : Its complicated
Ayat Pengasih : Pemimpin berjaya pemangkin ukhwah
Idola : Ustaz Akhil Hayy, In tooweesee, EPSILON, Irfan


L37/204
Nama : Mohd Rahimi bin Abd. Ghani
Nama Saintifik : MR AG
Status : Ntah.. Cuba tanye Syerwan..
Ayat Pengasih : Every cloud have a silver lining
Idola : Syerwan, Moucha


L37/205
Nama : Mohd Syerwan bin Mohd Sani
Nama Saintifik : Sherry Merry
Status : Ntah.. Tanye arr Rahimi (psst.. tp kontroversi AGA di FKKKSA)
Ayat Pengasih : Keretaku, keretamu jua
Idola : P.Ramlee,Ramlah Ram



SIDE B


L37/102
Nama : Ahmad Fairus bin Mohamad Nama Saintifik : 5 rose
Status : Anak gadis Losong
Ayat Pengasih : Berusaha, Berikhtiar , Bertawakal dan Berjaya
Idola : Artis 50-an & 60-an



L37/103
Nama : Mohd Firdaus bin Asmara
Nama Saintifik : Ratu Vogue Novella
Status : Waallahualam..
Ayat Pengasih : Ilmu Kerana Allah, Hadiah Utk Semua

Idola : Mariah Carey, Tony Braxton, Ong Hock Chye

L37/104
Nama : Mohd Harfiz bin Salehudin
Nama Saintifik : ‘Alour’ Ibu L37
Status : Not sure
Ayat Pengasih : Our Greatest Glory Is In Not Ever Falling, But In Raising Everytime We Fall
Idola : Sudir, Chef Wan

L37/105
Nama : Qadly Ameen B. Pahlawi
Nama Saintifik : Yldaq a.k.a 'Qad'
Status : Ade ke ????
Ayat Pengasih : The Best Way Out Is Always Through
Idola : Jonas Brothers, Azizul Azman


L37/106
Nama : Muhammad B. Radzali
Nama Saintifik : Abang ‘Mat’
Status : Bdk KTF (FPPSM.. Oppsss)
Ayat Pengasih : Senyum selalu
Idola : Vince & Dafi


L37/107
Nama : Wong Jing Kae
Nama Saintifik : Abe Wong
Status : Cikgu amoi
Ayat Pengasih : Perpaduan tonggak kejayaan L37
Idola : Dr. Lan


L37/202
Nama : Muhashahrul Shazmie B. Mohamed
Nama Saintifik : Moucha
Status : Available (jangan edit)
Ayat Pengasih : Love, Peace, Respect
Idola : Michael epsilon


L37/204
Nama : Muhammad Rafizi b. Jamaludin
Nama Saintifik : Panjang
Status : Sentiasa berkepit 18 jam
Ayat Pengasih : Hiduplah dengan seimbang
Idola: En Apai

L37/205
Nama : Mohd Aminur Rashid bin Hamzah
Nama Saintifik : Minour
Status : Tunggu masa/kad jer... Pas grad, bley r makan nasik minyak..
Ayat Pengasih : Whatever you do, Wherever you are, Don’t bring failure back to your home
Idola : Cikgu kimia Ganu kite..


Gambar Candid Ketika Bersahur & Berbuka


Gambar di atas menunjukkan daus yang sentiasa komited dalam menjalankan kerjanya sebagai pengendali makanan walaupun terpaksa bangun seawal 3.30 pagi untuk menyiapkan juadah sahur untuk ahli-ahli blok yang lain.

Yeah.... Untuk membuat sandwich yang sedap, kita haruss menggunakan mayonnaise yang berkualiti tinggi ye puan-puan!!!


Beberapa minit sebelum berbuka...
sesi membahagi-bahagikan makanan sama rata kepada 6 dulang untuk dimakan secara berjemaah..


(Terpakse gunakan ayat skema sahaja untuk memuaskan hati sesetengah pihak)








Berikut pula menunjukkan suasana sebaik sahaja azan berkumandang...
Ahli-ahli terus mengambil tempat-tempat mereka dan menjamu selera dengan makanan yang penuh kesederhanaan




Ini pula daun pisang.. digunakan untuk membangkitkan aroma nasi, menjadikan tetamu berselera untuk menjamu selera.
(sumber daun pisang; belakang rumah felo.. hehe)








Menu:
Nasi Putih
Ayam masak merah
Sayur kobis goreng
Kuih muih
Air sirap ais
Teh panas












Fairus , zul dan lain2 bergotong royong mencuci cawan dan talam yang telah digunakan sambil diperhatikan ahli blok yang lain kerana tidak berpeluang men-joinkan diri mereka untuk bersama-sama mencuci cawan dan pinggan mangkuk beramai-ramai...












Lihat ye... Kita harussss melurut daun pisang ini secara perlahan- lahan dan tanpa segan silu untuk mendapatkan potongan yang cantik dan juga bagi mengelakkan daun pisang kita terkoyak. selepas itu, kita bolehlah menyahkuman daun2 pisang tadi sebelum digunakan..

Ehem...Ehemm...(Satu Coretan Peribadi)

Assalamulaikum w.b.t...

Salam keharmonian buat semua warga villa L37 yg 'ana' sayangi...

First of all, congratulation kepada semua ORANG KAMPUNG L37 kerana setakat hari ini, dapat dilihat betapa meriahnya KAMPUNG kita sekarang...
so, untuk teruskan kemeriahan ini, pengarah2 program yang akan datang, sila be prepared k...hehehe

Sedikit peringatan..

Memandangkan kita adalah antara blok yang terawal mempunyai blog sendiri, "ana" ingatkan semoga kita semua(termasuk 'ana' sendiri), supaya kawalkan keGHAIRAHAN kita dalam memeriahkan KAMPUNG L37 ini...bukannye ape, kita harap dan memang telah terbukti pun bahawa blog kita ini akan dilayari oleh bukan sahaja warga L37, tetapi mungkin orang luar sekali pun, & menurut En. Apai, blog kita ini, has been promoted to the MAFAN..so, harap kandungan, komen dan segala 'post' anda, adalah dalam nada yang berintelek sejajar dengan status kita sebagai pelajar UTM..bukan nak cakap x boleh huhahuha,('ana pown jenis huhahuha') tapi berhemah k... TERUSKAN PERJUANGAN KITA...

You rock guys...

Assalamualaikum...

Salasilah Keluarga Mafia L37

DARI FILE SULIT CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY (CIA)

1st Rank: Pengetua Kolej Tun Hussein Onn


Profile Sulit

Nama: Dr Norhazilan B Md Noor
Nama Manja: Lanun Lan Macho & Bersinar
Status: Baru berkahwin 1 dan hanya 1 buat selamanya
Pangkat: Pengetua dari Februari 2009 - tidak diketahui lagi dan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam
Idola: Spongebob Squarepants

2nd Rank: Felo Blok L37


Profile Sulit

Nama: Mohd Izuddin b. Md. Ithnan
Nama Timangan: Bro Apai Jambu
Status: Bujang tapi masih belum terlajak
Pangkat: Pembantu Felo dan Pelajar PhD (akan fly tak lama lagi)
Hobi: Mengorat awek2 dan mendaki gunung-gunung

3rd Rank: Pengerusi JKM KTHO


Profile Sulit:

Nama: Mohd Syerwan B Mohd Sani
Nama Cute: Mr Syerry
Status: Terdesak mencari awek
Pangkat: Masih student tahun 4 FKA
Hobi: Membawa awek menaiki kereta (Setiap hari lain-lain)

4th Rank: Naib Pengerusi JKM (MKB)

Profile Sulit

Nama: Mokhairul Amri B Mohamad
Nama Pena: Mok Kecil (Gambar pun kecil sedikit)
Status: Masih teruna suci kot...
Pangkat: Student tahun 4 FKA
Hobi: Tidak dapat dikenalpasti lagi..

5th Rank: Ketua Blok

Profile Tidak Sulit (Gambar tak payah)

Nama: Muhashahrul Shazmie bin Mohamed
Nama Gengster: Taiko Moucha
Status: Abaikan je dia ni...
Hobi: Memeras ugut ahli blok L37

Diari 5 Ramadhan (Part 2)

EPISOD 2

Rabu, 26/8/2009

Jam 6.00 ptg:
Aku yang selaku pengarah program ni pergi la tengok-tengok bagi memastikan status juadah berbuka puasa. Kelihatan Ketua Chef (Apis) sedang mengalas dulang dengan helaian daun pisang yang dirembat dari kawasan rumah felo, Penolong Chef (Daus) sedang memsteril dulang-dulang bagi membasmi kuman dan Chef Gagal (Qadly) pula menolong mereka berdua (atau mungkin hanya menyibuk semata-mata). Pasni mereka akan pergi mengambil juadah berbuka yang ditempah khas dari kafe KTHO dengan kenderaan panduan Driver Chef (Zul)..

Jam 7.12 ptg:
Apabila gelombang bunyi azan maghrib yang berkumandang menggetarkan gegendang telinga dan ditafsir oleh otak untuk memulakan terjahan keatas hidangan dedepan mata, jelas kelihatan gelora nafsu Bad, Bob dan Hazwan gagal dikawal lagi. Mereka akhirnya melampiaskan nafsu keatas makanan tersebut. Persoalan, mengapa Bad, Bob dan Hazwan dan tidak aku? Sebab diorang makan sedulang ngan aku (aku tak de masa nak tengok yang laen) dan aku adalah pengarang, tak kan nak kutuk diri sendiri.. Haha.. Alhamdulillah, lauk banyak. Siap boleh tambah 2nd round lagi.. Walaupun kenyang separa mati, kaki lelaki maskulin sejati ini perlu tetap digagahkan untuk solat maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Taufek pastu..



Jika dilihat dr gambar diatas, biarpun org laen masih belum menghabiskan juadah, Bad, Bob dan Hazwan telah berjaya melicinkan dulang.. Jelas kan??

Jam 8.30 ptg:
Kami solat Isya' dan Terawih berjemaah. Solat Isya' telah diimami oleh Sheikh Syerwan (Imam Masjid Kampung tanpa elaun), 4 rakaat pertama solat terawih diimami oleh Sheikh Amin (Mantan Imam Majid Negara), 4 rakaat terakhir pula oleh Sheikh Farhan (Imam Mekah), dan Witir oleh Sheikh Syerwan kembali. Ketua Blok, Abnu Moucha pula sanggup melarikan diri ke saf paling belakang bagi mengelakkan dari menjadi imam kerana dipaksa oleh Amin. Bukan takut, tapi ingin merendah diri. Risau pula orang mengagumi dirinya yang dulu pernah digelar Imam Besar Madinah lantas akan menimbulkan riak dihati.



Selepas solat, moreh pulak. Rancangan program seterusnya dibincangkan sambil mengumpat dan mengutuk sesama ahli blok sikit2..






Moucha sangat pentingkan glamor.. Kan? Kan?










Nota kaki: Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pembantu feloyang juga alumni perintis, En Azizul Azman atas kesudian beliau join program kami. Buat felo blok, En Apai, laen kali boleh join lagi. 5 September nanti ade aktiviti memasang pelita kat sekitar blok..terima kasih juga alumni-alumni yang lain seperti, bussinessman, En.Wazir kerana telah memberi sedikit sumbangan dan tajaan yang begitu bermakna buat kami..alumni lain, boley sponsor lagi yer..hehe

Diari 5 Ramadhan (Part 1)

EPISOD 1

Rabu, 26/8/2009

Seawal jam 3.30 pagi:
Kelihatan 4 kelibat makhluk sedang bergerak-gerak dibahagian dapur blok. Siapakah mereka?? Adakah mereka toyol?? Tak mungkin sebab syaitan selain syaitan manusia dah diikat bulan puasa ni. Jadi siapakah mereka? Pemerhatian rapi telah membuktikan mereka merupakan Apis, Daus, Zul dan Qadly. Rupanya mereka sedang menghabiskan masa awal pagi untuk menyiapkan sandwich sardin + tuna bagi sajian sahur budak2 blok L37. Hari ni kan kitorang bersahur sama.. Huhu..

Jam 4.30 pagi:
Bunyi ketukan dari bilik ke bilik mula bergema menandakan sajian sudah terhidang dan masa bersahur telah tiba. Aku turut terlibat dalam aktiviti mengejutkan budak2 ni. Pelbagai ragam dan wajah 'fresh' mereka telah berjaya aku lihat, namun gagal untuk dirakamkan. Kalo tak, confirm la aku masukkan dalam blog ni.. Haha.. At last, seramai 16/18 org ahli blok berjaya dipaksa bersahur. Ahhh.. Mulakan harimu dengan sandwich yang sedap..




Wajah2 mamai didepan rezeki..














Lihat lah wajah2 'keceriaan' mereka sumer dapat sahur sedap dan 'free'...












Ade juga tu yang sempat mencari publisiti.. Well,
Moucha ngan Amin kan suke glamor..











Cuba teka, diorg ni gosok gigi dulu tak sebelom makan??












And The Man Of The Day goes to.... Panjang!!! Wajah passion nya telah berjaya menambat hati para juri. Malah, wajah ini juga telah membuka mata dunia tentang betapa nikmatnya dapat makan (free) lantas menyebabkan United Nation mengambil keputusan mengangkat beliau dengan memberikan penghargaan Nobel Krisis Makanan..