Hari-hari Terakhir ...

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lagi, kita semua bakal meninggalkan semester ini. Alhamdulillah, banyak program telah brjaya di laksanakan.. Ketahuilah, bahawa program-program tersebut hanya akan dapat dijalankan dengan adanya kerjasama penuh daripada semua ahli blok. Dengan penuh rendah diri, ketua blok L37 untuk sesi ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sesungguhnya ia sangat bernilai untuk kita semua.

11 November 2009.. 9.00 - 11.30 am

Berlaku satu lagi aktiviti yang tidak dirancang dengan baik tetapi dapat berjalan dengan penuh berjaya. Bermula dengan perlawanan badminton Siri 3 di antara ahli-ahli blok L37 dan L36.
hampir separuh daripada ahli blok telah menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi terhadap aktiviti ini. Mungkin pada masa akan datang, kita boleh mengadakan perlawanan ini dengan lebih berjaya..


Bob antara harapan untuk mewakili L37 pada masa akan datang..



walau di mana jua, Daus sentiasa mempraktikkan gaya dan posing ala-ala model yang vouge ketika bermain.



Tidak ketinggalan wakil beregu daripada L36..Terima kasih kerana memberi saingan yang cukup sengit. itu membuktikan bahawa bdk L36 tidak hanya pandai bergaya dengan kereta-kereta mereka je.


11 November 2009.. 12.30 pm - 3.00 pm

Pada sebelah petang pula, satu lagi aktiviti telah diadakan iaitu riang ria di pusat bowling. Bertempat di Plaza Angsana, penyertaan cukup memberansangkan. Tanpa perlu dipaksa, ramai warga L37 dan jirannya menyertai aktiviti ini.











11 November 2009.. 3.30- 4.30

Setelah penat menghabiskan perlawanan itu, perasaan kelaparan menyelubungi semua pemain pro tersebut. Satu perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menentukan restoren pilihan. Dan akhirnya, KFC telah bertuah kerana telah di pilih oleh majoriti pemain-pemain pro tersebut untuk singgah menjamah hidangan mereka.










11 November 2009.. 9.00 - 11.30 pm

Pada sebelah malamnya,















Akhir sekali, sekali lagi aku sebagai ketua blok L37 sesi ini, mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang berkongsi idea dan buah fikiran dengan mereka yang begitu hebat, warga Blok L37. Walaupun, ada kata-kata nakal dan sinis yang dilemparkan terhadap blok kita, tetapi jangan dirisaukan menengenai perkara tersebut. Bahkan dengan ayat sinis tersebut akan menaikkan lagi semangat kita semua untuk menjadi yang TERBAEK. Sekali lagi di ingatkan pada semua termasuk diri sendiri bahawa, apa yang kita lakukan ini, jangan sesekali mengharapkan apa-apa ganjaran atau balasan sebagai perkara utama. Tetapi, kepuasan, keceriaan, keharmonian dan silaturahim yang wujud melalui program-program tersebut haruslah menjadi perkara utama. Suatu hari nanti,kita mungkin boleh berbangga kerana pernah menghuni blok ini. Sejarah pada masa hadapan xkan wujud jika tiada sejarah hari ini. Teruskan kegemilangan anda.

Salam Keharmonian..
Ketua Blok L37~

Berita Terkini, Hiburan Sensasi

SKUDAI, 4 Oktober - Blok L37 Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia digemparkan dengan kejadian sejadah bersembahyang. Kejadian aneh lagi menghairankan ini berlaku di ruang solat beberapa minit sebelum masuknya waktu solat maghrib bagi kawasan Johor Bahru dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Kejadian ajaib ini telah disaksikan oleh 2 orang penghuni L37 yang secara kebetulan sedang melayan teh panas berdekatan dengan tempat kejadian. "Saya perasan apabila sejadah tersebut terjatuh dr tempatnya dan bergolek-golek ketempat solat. Saya terlampau terkejut sehinggakan tidak sedar air liur saya meleleh", kata seorang saksi, Mohd Syerwan Sani ketika ditemuramah wartawan XXX. "Kejadian tersebut berlaku dgn pantas seolah-olah menunjukkan yang sejadah itu seperti ingin cepat2 menunaikan solat asar kerana waktu maghrib sudah hampir masuk pada waktu tersebut", jelas seorang lagi saksi, Mohd Fakrul Razi sambil tersipu-sipu malu.

Ketua blok L37, Moucha telah dihubungi menerusi telefon bagi mengulas mengenai kejadian ini. Beliau menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlalu taksub dgn kejadian ini dan cuba menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pemujaan. "Ini kawasan saya dan saya tidak akan membenarkan sesiapa sahaja memasuki kawasan saya tanpa membayar cukai terlebih dahulu", tegasnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.

Goreng Pisang: Bersantai Bersantap Berentap

Disuatu petang yang hening, dikala mood exam mula mengambil alih keinginan untuk tido petang, kedengaran hilai tawa sekumpulan budak yang dah abis study di luar L37. Frekuensi bunyi tersebut sedikit sebyk mengganggu perhatian sekumpulan ahli blok yg bajet study di bilik masing2. Mereka mula keluar dr bilik dgn wajah bengis dgn diiringi muzik latar drama Winter Sonata. Bukan main marah lagi mereka dgn gangguan tersebut..



Kuar2 je, kedengaran diolog yg secara langsung menyejukkan hati mereka yg panas..

Moucha: Wei korang, kitorang nak beli goreng pisang.. Ade sape2 nak order tak??
Amzar: Nak!!! Nak!!! Kat Taman U ea??
Daus: Bak duit... No money, no talk.. vleyyy??!!
Apis: Oi nyah, cepat2 la bersiap.. Nak bersiap pon lambat. Aku berak lagi cepat..
Qadly: Ye2.. I'm coming!!! (masih sedang membetulkan rambut dan baju T-Shirt lusuh)
Zul: Siamang nyer jantan ni.. Dah la aku yg jd driver!! (monolog dalaman)
Taufek: Ni ade satu teka-teki, naper siput babi jalan lambat?? Jawab.. Jgn tak jawab
Paan: Keru Keru Keru.. (Tlg baca smbil membayangkan muke Paan)



Kereta Zul mula meninggalkan perkarangan L37. Yang kelihatan lagi diluar cuma sekumpulan mat-mat kereta yang bajet memakai kereta mewah sedang berborak tentang kereta, absorber baru, cai, turbo charge dan jadah2 yg lain.. Moucha pula masuk semula ke dlm blok bagi menyiapkan 2 jag teh O panas sambil menunggu kepulangan goreng pisang idaman semua..



Meja baru dari pihak pentadbiran KTHO sudah dibawa keluar. Air teh juga sudah siap terhidang. Yang tinggal hanyalah goreng pisang yg tak kunjung tiba. Moucha sudah mula hilang sabar. Bak kata pujangga, "penantian itu satu penyeksaan"..



Setelah penat2 memaki hamun didalam hati, akhirnya kereta yg ditunggu tiba. Hati Moucha yang marah kini berbunga2. Nafsu amarah tadi mula bertukar menjadi nafsu makan. Goreng pisang tersebut akhirnya habis dijamah oleh makhluk2 seperti di dalam gambar. Tamatlah sudah teater muzikal Goreng Pisang Yang Malang..



~TAMMAT~

P/S: Moucha memang tak de keja suruh aku wat post ni time final exam.. Tertekan!! Tertekan!!

Yang Terkini Dari Villa L37

Assalamualaikum..


Perjalanan kita telah hampir munuju ke puncak. Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, kita sudah hampir menamatkan semester ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan penghuni villa 37 kerana tetap setia dalam menceriakan dan mengharmonikan blok.

Alhamdullilah, kini villa 37 telah di naik taraf dari segi kemudahan dan infrastrukturnya. Hasil daripada idea dan kerjasama semua, kini villa 37 telah mempunyai ruang solat sendiri. Terima kasih kepada pihak-pihak tertentu yang telah menyumbangkan tikar, tempat letak sejadah serta beberapa keperluan lain.

Ruang Solat Blok L37







Kebersihan ruang solat sentiasa dijaga dengan baik oleh ahli2 blok yang bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan..

Selain itu, villa 37 juga kini mempunyai ruang makan yang besar. Dengan terdapatnya 2 meja, maka lebih mudah untuk kita menjalankan aktiviti makan-makan.. Hehe..

kemudahan dapur juga telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli villa.. Terima kasih kepada semua ahli blok yang sentiasa bermurah hati menyediakan makanan tambahan seperti biskut, teh, gula dan sebagainya untuk kegunaan bersama.






Akhir kata, majulah ahli villa 37 untuk villa 37 khususnya serta KTHO amnya. Selamat menjalani peperiksaan akhir semester.

~Yang Berkuasa di L37~

Kemaskini Akaun Villa 37 : 16 Oktober 2009

WANG MASUK

WANG KELUAR

PENDAPATAN

1) PERUNTUKAN KOLEJ : RM 0.00


2) WANG KOMITMEN AHLI BLOK

(RM 10.00 X 18 Orang) : RM 180.00


3) SUMBANGAN

Alumni : RM 27.00

Lain-lain : RM 4.10


4) WANG KOMITMEN TAMBAHAN

(Untuk Program Ke 5) : RM 100.00



PERBELANJAAN

1) PROGRAM 1

“Gotong-Royong dan Keceriaan Blok”

(LAMPIRAN C1)

i. Peralatan keceriaan : RM 20.40

2) PROGRAM 2

“Sahur dan Berbuka Puasa L37”

(LAMPIRAN C2)

i. Juadah Sahur : RM 44.30

ii. Juadah Berbuka : RM 85.00

3) PROGRAM 3

“Hari Merdeka L37”

(LAMPIRAN C3)

i. Hiasan dan Bendera : RM 21.10

4) PROGRAM 4

“Pelita dan Deko Raya”

(LAMPIRAN C4)

i. Peralatan dekorasi raya : RM 24.50

5)PROGRAM 5

“Ramadhan Barbeku”

(LAMPIRAN C5)

i. Peralatan dan makanan : RM 115.80

JUMLAH KESELURUHAN : RM 311.10

JUMLAH KESELURUHAN : RM 311.10

Marilah Kepadaku Final Exam..


Buat sumer ahli Blok L37 dan seluruh pelajar UTM yg bakal menduduki final exam 2 minggu lagi, selamat study. Belajarlah dengan rajin seperti aku (Moucha) dan bukan pemalas seperti kucing Wazir diatas ye..

"Majulah L37 Demi 1UTM"

Yang benar, jujur, ikhlas dan amanah,



-Wakil Ketua Blok-

Salam Aidilfitri


Dengan ini, aku mewakili ketua blok, Moucha dan seluruh penghuni Blok L37 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada penghuni-penghuni blok L37, warga Kolej Tun Hussein Onn, warga Universiti Teknologi Malaysia dan seluruh umat Islam yang sudi mengunjungi blog kami ni.. Kami ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan yg disengajakan mahupun tidak kepada semua yang mengenali kami, termasuklah cleaner yg mungkin marah dan mengeluh apabila melihat blok kami yang kadang-kala bersepah ni..

Buat teman-teman, semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.. Moga Aidilfitri tahun ni membawa sejuta makna dan kenangan manis buat kita semua. Balik cuti nanti janganlah berpura-pura terlupa bawa kuih raya ataupun cuba menggunakan alasan beg dah tak muat ye.. Khas buat Badrul Hisham Baizuddin Bin Ahmad Tugi, kami sumer menagih stok mercun pas cuti ni.. Janji tetap janji.. Huhu..

Kad raya ni untuk semua ye.. Jgn berebut-rebut k..

Ramadhan BBQ: A Story From Oversea

Ramadhan BBQ: The Chosen 'Pencuci Ayam'



Using spoon??!! Guess who's this noobie.. (Hint: See images above)

Ramadhan BBQ: The Cheap Flickering Lamp Engineer



Ramadhan BBQ: The 'Bakar Ayam' Rangers



Ramadhan BBQ: The Lord of Kitchen



This fried rice is really the superb!! Trust me.. It's worthy..

Ramadhan BBQ: The Watermelon's Slayer Samurai


Ramadhan BBQ: The Legendary Carpenter

These 'legends' were still struggling to repair the simple chair..

Ramadhan BBQ: The Most Wanted Cameraman



Ramadhan BBQ: The Part Time Dish Washer

Ramadhan BBQ: Alumni United Nation



Ramadhan BBQ: The Food Maniac



We don't sweep people, we sweep foods..

Ramadhan BBQ: The Return of KTHO's Big Boss

Special thanks to Dr Lan for joining us.. You can repay our kindness by sponsoring us for a Singapore trip.. ^^,


p/s: This post is the FIRST English post in this blog.. Cheers for the author!!! Sorry for the 5 days late in posting to the blog. Got not much free time.. This event been held on last Friday, 11/09/2009..