Sindrom AJL Down

Demam Anugerah Juara Lagu melanda seluruh Malaysia, termasuklah blok L37 telah menyebabkan sedikit huru-hara kecil berlaku dimana peminat-peminat Tomok mula mengamuk apabila Fakrul lantang menjerit, "Gomok!! Gomok!! Gomok!!".. Namun hal ini dapat diselesaikan dengan tenang oleh pihak berkuasa...


Walaupun hanya menonton menggunakan tv kecil hitam putih milik Syerwan, penghuni blok menonton dengan penuh perasaan fanatik. Persembahan artis yang mantap2 belaka sangat memukau. Biarpun kurang berpuas hati kerana Bunkface tak menang, peminat tetap memberikan tepukan gemuruh apabila Aizat dinobatkan sebagai juara.. Akhir kata (kerana malas nak tulis lagi), majulah industri muzik untuk majalah Mangga!!!

Editor: Bile aku kurus nanti, boleh tak aku popular cam Aizat ek??

Pilih Layout Baru Untuk Blog

Moucha bagi cadangan kat aku supaya tukar layout yg baru.. Aku berpendapat layout asal ni dah lawa, tapi disebabkan mamat tu paksa gak, maka aku pun terpaksa la mencari design layout yg baru.. Disini ada 5 design layout yg aku telah wat tapisan secara kasar.. Korang boleh undi layout pilihan korang kat poll yg aku buka selama 7 hari..

1) Artistic Sky
Tema: Simple Life


2) Crossroad
Tema: Perjalanan Kehidupan


3) Movie Theater
Tema: Kisah Kehidupan


4) Notepad Chaos
Tema: Catatan Seharian


5) Scrapbook
Tema: Catatan Seharian

Terjah - Diari Syerwan

2 Januari 2010 (Pagi):

Esok hari istimewa buat diriku, hari lahirku yg ke 23.. Eeeee.. Tak sabar nak kuar sambut malam ni ngan si dia. Tanpa dia, esok tidak lagi bermakna buat diriku.. Hurmmm.. Nak ajak dia makan kat ne ye?? Pizza?? McD?? KFC?? Takpe la.. Tu nanti je decide.. Skang ni aku nak gi maen bowling kat IOI dulu dengan si dia.. Seksa btol nak kuar senyap2 ni.. Kalo moucha tu tau, mesti dia nak ikut gak. Penyibok btol!!! Dah la tak ensem!!

2 Januari 2010 (Petang):

Hepi nyer kuar ngan si dia.. Maen bowling, gurau senda.. Dia cantik sgt dimataku.. Sejak kehadirannya dalam hidupku, hari ku senntiasa diulit kebahagian. Owh ***, kau lah bidadariku!!!

2 Januari 2010 (Malam):

Alamak!! Aku terlupa budak2 sengal kat blok tu mesti nak kerjakan aku bile aku balik nnt!! Pe aku nak wat ni?? Terajang diorg sedas dua setiap seorang?? Tak pun, aku spike je bola tampar kat muka diorg. Aku kan jurulatih pasukan bola tampar UTM.. Si dia pun sentiasa kagum dgn kegagahanku di gelanggang.. Pe2 pun, bertenang k Syerry!! You can do it!!

3 Januari 2010 (Awal pagi):

Masa anta org yang ku sayang tu pulang, aku rase sedey sgt.. Aku rase mcm tak nak berpisah dgn dirinya buat selamanya. Owh ***!!! Dikaulah cintaku!! Sedar tak sedar, aku dah sampai kat blok berpuaka ni. Jauh di benak hatiku, aku dapat rasa setiap makhluk bernyawa dalam blok tu mengeluarkan aura kejahatan tahap maksimum.

Aku masuk kedalam blok dgn wajah tenang walaupun jantungku berdegup pantas.. Langkah pertamaku dimulakan dengan bismillah dan diiringi dgn suasana sunyi didlm blok. Aku cepat2 menaiki tangga untuk kebilik dan.... Dusssssss!!! Sekampit tepung gandum 1kg mengenai mukaku yg kacak ni.. Tak guna Bob.. Gemok!!! Jahat!!! Keji!!!



Malam tu, aku merasakan seperti menyambut hari lahir dikawasan bersalji.. Aku yg penat bermain bowling, kini bertambah penat bermain tepung dan bertambah menyeksakan sebab kene bersihkan balik pastuh.. Walaubagaimanapun, aku hepi!!!


P/S: Happy Belated Birthday Syerwan!!! Wish You Happiness In Your Life.. May God Bless You..

The Biggest Loser L37 Challange

Program ini lahir dari ilham seorang penghuni blok yg bertekad hendak menurunkan berat badan ketahap ideal dengan permintaan ahli2 blok lain yg merasakan dirinya debab.. Dengan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong Dr Lan, Pengetua KTHO merangkap juara The Biggest Loser yang beliau anjurkan sendiri (peserta pon beliau sendiri), maka pertandingan dimulakan pada 4 Januari 2010 dengan pesertanya terdiri dari 6 orang ahli blok yg gemok dan 6 orang mentor (juga ahli blok) yg bajet kurus..


Bertemakan "Belia Benci Kolestrol", program ini telah menelan belanja sebanyak RM35 juta untuk membeli penimbang yang mampu menimbang berat peserta2 yg terlampau berat. Alat-alat bersenam pula telah ditaja oleh syarikat-syarikat besar alatan sukan seperti Adibas, Nikey, dan Batu..


Program ini berlangsung selama 10 minggu dan peserta2 akan ditimbang setiap 2 minggu. Peserta yg mempunyai peratusan (%) lemak terkurang yang paling sedikit akan dianggap loser dan dibuang dari pertandingan dgn maki-hamun dan cercaan dari peserta lain. Juara akan memenangi hadiah misteri pada akhir pertandingan. Diharapkan dari program ini, blok L37 akan melahirkan warga yg sihat, cergas dan hensem..

Moucha Diguling!!!

Tanggal 16 Disember 2009, empayar Moucha yg dibina selama setahun akhirnya tumbang ke tangan Fairus Khan, seorang panglima perang Monggol. Peristiwa itu meninggalkan kesan yg agak mendalam kepada penghuni blok L37 kerana mereka tidak menyangka sama sekali bahawa maharaja 'bertahi lalat dikening' yg terkenal dengan kekuasaannya akan digulingkan oleh seorang panglima yg hanya hidup secara primitif..

Bermula tarikh bersejarah ini, empayar 37 (dinamakan sempena penguasaan empayar ini keatas 37 buah benua) akan diperintah oleh Fairus Khan. Moucha pula kini hanya merupakan hamba yg hanya menunggu pancung tahi lalat sampai mati..

Episod kejayaan panglima monggol ini berjaya dirakamkan ketika beliau sedang berteriak megah dengan kemenangan perang ini..


.... Aku??? Aku masih lagi dikerah tenaga menjadi peng-update blog ni....