Perang Kuali L37 - The Gentlemen's Duel

Sori aku tak update lama blog nih.. Komitmen lain banyak atau dalam erti kata sebenar, malas.. Ahli blok lain pun "busy" sgt dengan kerja diorg.. Yang paling busy of course la Paan.. Dia sibuk dgn "lab" dipagi hari, "PSM" dipetang hari, dan hantar "assignment" ditengah malam.. Kan Paan kan?? Haha.. Pe2 pon, aku akan sentiasa update aktiviti blok L37 demi memastikan blog ni tidak mati (at least time aku still incharge)..

Progam seterusnya di beri nama, Perang Kuali L37. Program berbentuk pertandingan memasak ini berjaya dijalankan tepat jam 6.15 petang, 27 Februari 2010 (Sabtu) dengan Apis sebagai pengarah merangkap juri pertandingan (tidak terlupa kepada Sudir, juri ke2). Program ini bertemakan "Mari Memasak, Lelaki Sejati!!!".. Butir2 pertandingan adalah seperti berikut;

Side A: Ayam Janda Masak Madu

Ketua Chef: Bob (Ketua Chef Restoren Masakan Zimbabwe)
Pembantu Chef I: Amzar (Digelar "Puaka Ayam Berahi" kerana kehebatannya membersihkan ayam mentah)
Pembantu Chef II: Zul (Penerima anugerah "Pemusnah Bawang" atas penguasaan beliau dengan teknik memotong bawang yang gagal)
Pencacai: Rahimi (No description available....)

Side B: Ayam Masak Ungkep Asmara Malam Pertama

Ketua Chef: Moucha (Ketua Chef Masakan Penan yang gagal)
Pembantu Chef I: Daus (Pemotong Cili yang bercakap lebih laju dari memotong)
Pembantu Chef II: Qadly (Errrr... Penyibuk je kot ni...)
Pencacai: Fairus (Perlu ke aku explain lagi??)

Setelah penilaian dibuat oleh para juri yang adil, gedik lagi saksama, maka dengan rasa tak puas hatinya aku mengumumkan Resepi Ayam Masak Ungkep Asmara Malam Pertama dari Side B telah menjuari pertandingan ni!!!

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, peserta dari Side B dengan penuh rasa bangga, telah mencium trofi berbentuk kaki ayam yang dimenangi.. Tahniah diucapkan.. Buat Side A, biarkan je la diorang tu.. Setakat puas cium piala tapi makan tak sedap wat pe.. Wahahaha..


~Nukilan author yang bias~



***Sebagai tanda jutaan terima kasih buat pembaca2 blog ini, edisi kali ini disertakan sekali dengan gambar model panas L37 ketika didapur.. Sentapzzzz!!!!

Belanjawan Sem1/2010 : Ke Arah Pembangunan Prasarana dan Infrastruktur L37


BELANJAWAN SEM 1 2010



KEMUDAHAN TEMPAT MELETAK PINGGAN DAN RAK MASAKAN


Belanjawan pada semester ni, semuanya 70% daripadanya terdiri daripada pembangunan

prasarana dan kemudahan di L37. Terutamanya bahagian dapur sebab bahagian tu lah yang selalu menjadi buah mulut dikalangan ahli blok kerana takde tempat untuk meletakkan barang2 supaya ianya kelihatan kemas dan cantik.


Sebelum projek pembangunan kemudahan dijalankan, ketiadaan rak dan sabun basuh pinggan begitu meresahkan penghuni...


SEBELUM...


Sungguh semak dan menyakitkan mata... :P



SELEPAS...


HARGA: RM 12.90 SEUNIT



HARGA: RM 0 (WAKAF)


HARGA :RM 14.90 SEUNIT


KEMUDAHAN ALATAN PEMBERSIHAN


Pembangunan dari segi ini juga harus dititikberatkan memandangkan kebersihan itu seba

hagian daripada iman. Alatan seperti penyapu, span basuh pinggan, sabun basuh pinggan diperrlukan untuk tujuan pembersihan.



KEMUDAHAN LAP KAKI DI SETIAP BILIK


HARGA : PERCUMA


KEMUDAHAN TEMPAT SOLAT BERKARPET


HARGA : PERCUMA