Jamuan Blok Tahun 2011

Alhamdulillah.Akhirnya malam ni selesai satu lagi aktiviti untuk blok L37.
Jamuan makan2 ni dah dirancang dengan teliti nyer oleh perancang utama blok,Amar ( die mmg eksited bab bbq2 nih ).
Saya selaku unit multimedia pada malam ini telah menugaskan diri sendiri untuk mengupdate blog L37 ni..

menu untuk malam ini adalah :)


* Ayam dan HotDog BBQ
* Koktel Amar buat
* Air Strawberi Amar gak buat.
* Rambutan,Zack Sponsor

dan tak lupee...


* Buah tembikai, yang di ukir khas oleh Hazim DeHearty.huhu
* Makanan sampingan termasuklah Delio tu haa..

Terima kasihlah kepada semua ahli2 blok yang membantu dalam menjayakan program makan2 kita pada malam ini.Semoga ukhwah ni berkekalan sampai bile2..bereh..

Ni gambar orang yang pelahap sgt nak makan2..
- Tiada dalam gambar : Kumaran,Ajwad,Nazrin,Azizi,Haziq Mahdan,Azhar .Termasuk saya gak lah selaku Unit Multimedia.


Sekian,thank you
Akhmal
Unit Multimedia Suke2 .
Jamuan Blok Tahun 2011

Heppy Besday - September & Oktober



SEPTEMBER

15 September - En. Mohammad Amar Masuri

18 September - En. Muhammad Zakwan













OKTOBER


25 Oktober - En. Muhamad Haziq Mahdan

27 Oktober - En. Muhammad Hafiz Azman







Ucapan dari Villa L37 dan Abg Sharil -

"SeLamat Hari Lahir wahai tuan berempat. Semoga di murahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berjaya mencapai apa yang diinginkan. Amin"

- Jalan-jalan ke kota Medan, kek dibeli untukmu rakan.
Hanya ini yg bisa Ku ucapkan, Selamat Ulang Tahun padamu rakant..huhu... :)

*maaf cz gmbar hafiz, abg x de lak n x dpt nk dipostkan.....hihi..

Aktiviti Pertama Sesi 10/11(Sem 1) - Mesyuarat Blok

Peristiwa

Tanggal 29 September 2011
Jam 11.00 - 12.30 malam
Tempat Ruang Legar Side A

Mesyuarat Blok Bersama Felo Blok
Agenda : Pemilihan Ketua dan AJK Blok yg Baru
Perancangan Aktiviti Blok
Hal-hal Berbangkit

Lain-lain :
Jamuan Kuih Raya Yg Disumbangkan Oleh En Ammar


Program Terdekat
30 September 2011
Gotong - royong L37 Tahap 1
Leps Asar
Jam 4.45pm - sampai habis
Penglibatan : semua penghuni blok

6 Oktober 2011
Majlis Berpuasa sunat dan Berbuka bersama2x
+ Bacaan yassin dan update mesyuarat blok
* (Puasa sunat L37 secara berkala, Setiap Bulan, Hari Khamis Minggu Pertama)

Organisasi Villa L37 Sesi 2011/2012

KETUA BLOK:
Mohd Izzat

PEN. KETUA BLOK:
Azri Hizami

S/U:
Mohd Azizi Bin Mustafa

BENDAHARI:
Mohammad Amar Masuri

UNIT AKTIVITI:
Muhammad Khairool Fahmy (KETUA)
Hazim DeHearty

UNIT KECERIAAN & KEBERSIHAN
Haziq Mahdan (KETUA)
Ir Muhammad Nazrin Ruslan

UNIT SUKAN
Mohamad Farouk Mohamad Nasir (KETUA)
Haniff Helmi II

UNIT KEROHANIAN
Ahmad Ajwad (KETUA)
Zulhafiz Ismail

Update akaun Villa L37 untuk 2009/2010 semester 2


Lupa lak nak update. Seperti yang kita tahu, program kempen sifar sampah termasuk dalam SKT untuk program blok pada tahun 2009/2010 semester 2. Program berikut diadakan pada 07/08/2010. oleh kerana aku masih bendahari untuk peogram nie, so, kenalah jugak update akaun ni. hihi



good luck for u all.. i'm gonna miss u all. :(

Perang Kuali L37 - The Gentlemen's Duel

Sori aku tak update lama blog nih.. Komitmen lain banyak atau dalam erti kata sebenar, malas.. Ahli blok lain pun "busy" sgt dengan kerja diorg.. Yang paling busy of course la Paan.. Dia sibuk dgn "lab" dipagi hari, "PSM" dipetang hari, dan hantar "assignment" ditengah malam.. Kan Paan kan?? Haha.. Pe2 pon, aku akan sentiasa update aktiviti blok L37 demi memastikan blog ni tidak mati (at least time aku still incharge)..

Progam seterusnya di beri nama, Perang Kuali L37. Program berbentuk pertandingan memasak ini berjaya dijalankan tepat jam 6.15 petang, 27 Februari 2010 (Sabtu) dengan Apis sebagai pengarah merangkap juri pertandingan (tidak terlupa kepada Sudir, juri ke2). Program ini bertemakan "Mari Memasak, Lelaki Sejati!!!".. Butir2 pertandingan adalah seperti berikut;

Side A: Ayam Janda Masak Madu

Ketua Chef: Bob (Ketua Chef Restoren Masakan Zimbabwe)
Pembantu Chef I: Amzar (Digelar "Puaka Ayam Berahi" kerana kehebatannya membersihkan ayam mentah)
Pembantu Chef II: Zul (Penerima anugerah "Pemusnah Bawang" atas penguasaan beliau dengan teknik memotong bawang yang gagal)
Pencacai: Rahimi (No description available....)

Side B: Ayam Masak Ungkep Asmara Malam Pertama

Ketua Chef: Moucha (Ketua Chef Masakan Penan yang gagal)
Pembantu Chef I: Daus (Pemotong Cili yang bercakap lebih laju dari memotong)
Pembantu Chef II: Qadly (Errrr... Penyibuk je kot ni...)
Pencacai: Fairus (Perlu ke aku explain lagi??)

Setelah penilaian dibuat oleh para juri yang adil, gedik lagi saksama, maka dengan rasa tak puas hatinya aku mengumumkan Resepi Ayam Masak Ungkep Asmara Malam Pertama dari Side B telah menjuari pertandingan ni!!!

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, peserta dari Side B dengan penuh rasa bangga, telah mencium trofi berbentuk kaki ayam yang dimenangi.. Tahniah diucapkan.. Buat Side A, biarkan je la diorang tu.. Setakat puas cium piala tapi makan tak sedap wat pe.. Wahahaha..


~Nukilan author yang bias~



***Sebagai tanda jutaan terima kasih buat pembaca2 blog ini, edisi kali ini disertakan sekali dengan gambar model panas L37 ketika didapur.. Sentapzzzz!!!!

Belanjawan Sem1/2010 : Ke Arah Pembangunan Prasarana dan Infrastruktur L37


BELANJAWAN SEM 1 2010



KEMUDAHAN TEMPAT MELETAK PINGGAN DAN RAK MASAKAN


Belanjawan pada semester ni, semuanya 70% daripadanya terdiri daripada pembangunan

prasarana dan kemudahan di L37. Terutamanya bahagian dapur sebab bahagian tu lah yang selalu menjadi buah mulut dikalangan ahli blok kerana takde tempat untuk meletakkan barang2 supaya ianya kelihatan kemas dan cantik.


Sebelum projek pembangunan kemudahan dijalankan, ketiadaan rak dan sabun basuh pinggan begitu meresahkan penghuni...


SEBELUM...


Sungguh semak dan menyakitkan mata... :P



SELEPAS...


HARGA: RM 12.90 SEUNIT



HARGA: RM 0 (WAKAF)


HARGA :RM 14.90 SEUNIT


KEMUDAHAN ALATAN PEMBERSIHAN


Pembangunan dari segi ini juga harus dititikberatkan memandangkan kebersihan itu seba

hagian daripada iman. Alatan seperti penyapu, span basuh pinggan, sabun basuh pinggan diperrlukan untuk tujuan pembersihan.



KEMUDAHAN LAP KAKI DI SETIAP BILIK


HARGA : PERCUMA


KEMUDAHAN TEMPAT SOLAT BERKARPET


HARGA : PERCUMA