Backpackers - Conquering Singapore

-------------------------------------------------- Ruangan Iklan Murahan --------------------------------------------------

Anda kesunyian?? Tiada teman sepermainan?? Ingin bercinta dan terlajur?? Kami sedia membantu anda dengan pakej khas sempena Valentine akan datang.. Anda cuma perlu taip ON GERSANG ke 22334 dan blah dari sini kerana disini bukanlah ruang mencari jodoh.. Terima kasey~

-Ditaja oleh Maxiat-

------------------------------------- ------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah sekian lama menghilang, kami kembali lagi dengan episod baru sebuah kehidupan di blok L37. Kali ini kami ingin berkongsi sebuah cerita tentang sekumpulan anak muda (status masih teruna diragui) yang berbadan sasa, berjiwa kental, namun berhati tisu yang mengembara seharian ke Singapore dengan hanya berbekalkan roti Gardenia. Bak kata pepatah, mereka ni umpama "Tapir sawan sesat di Cyberjaya"..



Program 'Backpackers Trip To Singapore' ini telah berjaya dijalankan pada hari Sabtu, tanggal 30 Januari 2010 setelah hampir satu semester tertangguh disebabkan oleh kelecehan pengarah program yang malas nak wat passport. Disertai oleh seramai 9 orang ahli blok L37, mereka mula bergerak dari UTM seawal jam 7 pagi waktu tempatan. Perjalanan menggunakan bas dari Sri Putri tersebut mengambil masa kira-kira 2 jam untuk mereka berjaya menjejakkan kaki buat kali pertama di 'oversea'.


Perjalanan seharian itu telah membawa mereka ke banyak tempat menarik di Singapore seperti Raffles Place, Merlion, Marina Barrage, Arab Street, dan Sentosa Island. Biarpun penat berjalan kaki, jiwa muda mereka puas kerana mereka bukan sahaja dapat mengembara malah turut dapat mencuci mata melihat gadis-gadis berbikini di Sentosa Island.. (Dem!! Aku jeles sebab tak de duit nak gi!! -Author-).. Bacalah sendiri testimoni yang diberikan oleh setiap 'backpacker' tersebut...


APA KATA MEREKA??


"Singapore memang sebuah tempat yang menarik.. Ni kali ke-2 aku gi dan kali ni aku jadi tour guide mereka. Alhamdulillah, cuaca elok.. Tiada gerimis seperti yang diramal.. Sebagai tour guide, aku telah berjaya membuat percaturan dalam pembahagian masa agar mereka peluang mereka utk pergi ke kebanyakan tempat tidak tipis"

~Bad~







"Bez tu memang bez.. Tapi de mamat ni bagi problem.. De ke kelentong kata kat aku yang Traveller Pass nih untuk nek bas je.. Padahal boleh naik MRT.. Buat penat je tunggu bas lame2.. Tensen!!!"

~Zul~









"Wah, best sangattt gi Singapore.. Sentapz jantung mak tengok pemandangan kat sana.. bla bla bla.. Penat sangat sampai merembes-rembes.. bla bla.. Menyundal di jalanan... bla bla bla.. Tak kowser lagi nak jalan kaki nox.. bla bla.. Akhir kata, jom pegi lagi!!!"

~Harfiz~







"I raser cam diva taw kat saner.. Cat walk sana sini (sampai sakit pinggang dan berpeluh diketiak dan kelengkang) ala-ala top model Naomi campbell, Maria ogawa.. Opss, silap orang plak.. Soriw k sumer.. Pe2 pun, this is the best experience in my life!!"

~Daus~









"Hehe.. Moment paling seronok?? Mesti la kat Pulau sentosa.. Hehe.. Sebab pe?? Sebab kat sana de Bikini Bar la.. Hehe.. Len kali nak amik gambar banyak2 la kat sana.. Hehe.." (Sepanjang bercerita tersengih)

~Moucha~








"Bez tol gi Singapore ari tu.. Setiap masa amik gambar.. Tapi amik gambar sorang2 je la.. Ala, yang style orang kurang kasih syg tu.. Hensem tau raut muker aku yg berjambang nih.. Maskulin gitu.. Hoho.."

~Qadly~








"Aku ingatkan gi melancong style 'backpacker' kat Singapore tu boleh kuruskan badan, tapi bile tengok balik gambar, cam makin gemok plak.. Why!!! Why!!"

~Mat~









"Kemudahan kat Singapore memang terbaek.. Sebagai contoh, bile anda rasa haus sebab jalan sepanjang hari, gi je kat Merlion.. Minum air yang kuar dari mulut singa tu.. Macam yg aku wat.. Aku mmg terbaek!! Kan?? Kan??"

~Rahimi~








"Errr... Bez.... Errr... Penat gak... Errr.. Pasni nak nak ajak 'kawan' gi Singapore lagi.. Tapi berdua la.. Errrr... Lagipun pasni dah de keta.. Bleh wat 'PSM' kat sana je.... Errrr..... Errrr...." (Perakam suara ditutup kerana terlampau membosankan)

~Paan~