Memaparkan catatan dengan label Segmen Ketua Blok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen Ketua Blok. Papar semua catatan

Hari-hari Terakhir ...

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lagi, kita semua bakal meninggalkan semester ini. Alhamdulillah, banyak program telah brjaya di laksanakan.. Ketahuilah, bahawa program-program tersebut hanya akan dapat dijalankan dengan adanya kerjasama penuh daripada semua ahli blok. Dengan penuh rendah diri, ketua blok L37 untuk sesi ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sesungguhnya ia sangat bernilai untuk kita semua.

11 November 2009.. 9.00 - 11.30 am

Berlaku satu lagi aktiviti yang tidak dirancang dengan baik tetapi dapat berjalan dengan penuh berjaya. Bermula dengan perlawanan badminton Siri 3 di antara ahli-ahli blok L37 dan L36.
hampir separuh daripada ahli blok telah menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi terhadap aktiviti ini. Mungkin pada masa akan datang, kita boleh mengadakan perlawanan ini dengan lebih berjaya..


Bob antara harapan untuk mewakili L37 pada masa akan datang..



walau di mana jua, Daus sentiasa mempraktikkan gaya dan posing ala-ala model yang vouge ketika bermain.



Tidak ketinggalan wakil beregu daripada L36..Terima kasih kerana memberi saingan yang cukup sengit. itu membuktikan bahawa bdk L36 tidak hanya pandai bergaya dengan kereta-kereta mereka je.


11 November 2009.. 12.30 pm - 3.00 pm

Pada sebelah petang pula, satu lagi aktiviti telah diadakan iaitu riang ria di pusat bowling. Bertempat di Plaza Angsana, penyertaan cukup memberansangkan. Tanpa perlu dipaksa, ramai warga L37 dan jirannya menyertai aktiviti ini.











11 November 2009.. 3.30- 4.30

Setelah penat menghabiskan perlawanan itu, perasaan kelaparan menyelubungi semua pemain pro tersebut. Satu perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menentukan restoren pilihan. Dan akhirnya, KFC telah bertuah kerana telah di pilih oleh majoriti pemain-pemain pro tersebut untuk singgah menjamah hidangan mereka.










11 November 2009.. 9.00 - 11.30 pm

Pada sebelah malamnya,















Akhir sekali, sekali lagi aku sebagai ketua blok L37 sesi ini, mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang berkongsi idea dan buah fikiran dengan mereka yang begitu hebat, warga Blok L37. Walaupun, ada kata-kata nakal dan sinis yang dilemparkan terhadap blok kita, tetapi jangan dirisaukan menengenai perkara tersebut. Bahkan dengan ayat sinis tersebut akan menaikkan lagi semangat kita semua untuk menjadi yang TERBAEK. Sekali lagi di ingatkan pada semua termasuk diri sendiri bahawa, apa yang kita lakukan ini, jangan sesekali mengharapkan apa-apa ganjaran atau balasan sebagai perkara utama. Tetapi, kepuasan, keceriaan, keharmonian dan silaturahim yang wujud melalui program-program tersebut haruslah menjadi perkara utama. Suatu hari nanti,kita mungkin boleh berbangga kerana pernah menghuni blok ini. Sejarah pada masa hadapan xkan wujud jika tiada sejarah hari ini. Teruskan kegemilangan anda.

Salam Keharmonian..
Ketua Blok L37~

Yang Terkini Dari Villa L37

Assalamualaikum..


Perjalanan kita telah hampir munuju ke puncak. Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar, kita sudah hampir menamatkan semester ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan penghuni villa 37 kerana tetap setia dalam menceriakan dan mengharmonikan blok.

Alhamdullilah, kini villa 37 telah di naik taraf dari segi kemudahan dan infrastrukturnya. Hasil daripada idea dan kerjasama semua, kini villa 37 telah mempunyai ruang solat sendiri. Terima kasih kepada pihak-pihak tertentu yang telah menyumbangkan tikar, tempat letak sejadah serta beberapa keperluan lain.

Ruang Solat Blok L37







Kebersihan ruang solat sentiasa dijaga dengan baik oleh ahli2 blok yang bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan..

Selain itu, villa 37 juga kini mempunyai ruang makan yang besar. Dengan terdapatnya 2 meja, maka lebih mudah untuk kita menjalankan aktiviti makan-makan.. Hehe..

kemudahan dapur juga telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli villa.. Terima kasih kepada semua ahli blok yang sentiasa bermurah hati menyediakan makanan tambahan seperti biskut, teh, gula dan sebagainya untuk kegunaan bersama.






Akhir kata, majulah ahli villa 37 untuk villa 37 khususnya serta KTHO amnya. Selamat menjalani peperiksaan akhir semester.

~Yang Berkuasa di L37~

Marilah Kepadaku Final Exam..


Buat sumer ahli Blok L37 dan seluruh pelajar UTM yg bakal menduduki final exam 2 minggu lagi, selamat study. Belajarlah dengan rajin seperti aku (Moucha) dan bukan pemalas seperti kucing Wazir diatas ye..

"Majulah L37 Demi 1UTM"

Yang benar, jujur, ikhlas dan amanah,



-Wakil Ketua Blok-

Salam Aidilfitri


Dengan ini, aku mewakili ketua blok, Moucha dan seluruh penghuni Blok L37 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada penghuni-penghuni blok L37, warga Kolej Tun Hussein Onn, warga Universiti Teknologi Malaysia dan seluruh umat Islam yang sudi mengunjungi blog kami ni.. Kami ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan yg disengajakan mahupun tidak kepada semua yang mengenali kami, termasuklah cleaner yg mungkin marah dan mengeluh apabila melihat blok kami yang kadang-kala bersepah ni..

Buat teman-teman, semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.. Moga Aidilfitri tahun ni membawa sejuta makna dan kenangan manis buat kita semua. Balik cuti nanti janganlah berpura-pura terlupa bawa kuih raya ataupun cuba menggunakan alasan beg dah tak muat ye.. Khas buat Badrul Hisham Baizuddin Bin Ahmad Tugi, kami sumer menagih stok mercun pas cuti ni.. Janji tetap janji.. Huhu..

Kad raya ni untuk semua ye.. Jgn berebut-rebut k..

Ehem...Ehemm...(Satu Coretan Peribadi)

Assalamulaikum w.b.t...

Salam keharmonian buat semua warga villa L37 yg 'ana' sayangi...

First of all, congratulation kepada semua ORANG KAMPUNG L37 kerana setakat hari ini, dapat dilihat betapa meriahnya KAMPUNG kita sekarang...
so, untuk teruskan kemeriahan ini, pengarah2 program yang akan datang, sila be prepared k...hehehe

Sedikit peringatan..

Memandangkan kita adalah antara blok yang terawal mempunyai blog sendiri, "ana" ingatkan semoga kita semua(termasuk 'ana' sendiri), supaya kawalkan keGHAIRAHAN kita dalam memeriahkan KAMPUNG L37 ini...bukannye ape, kita harap dan memang telah terbukti pun bahawa blog kita ini akan dilayari oleh bukan sahaja warga L37, tetapi mungkin orang luar sekali pun, & menurut En. Apai, blog kita ini, has been promoted to the MAFAN..so, harap kandungan, komen dan segala 'post' anda, adalah dalam nada yang berintelek sejajar dengan status kita sebagai pelajar UTM..bukan nak cakap x boleh huhahuha,('ana pown jenis huhahuha') tapi berhemah k... TERUSKAN PERJUANGAN KITA...

You rock guys...

Assalamualaikum...

Ketua Blok Membebel


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni di bumi bertuah, Universiti Teknologi Malaysia ini, iaitu di dalam lingkaran kediaman keemasan, Kolej Tun Hussein Onn. Sekalung perhargaan ditujukan khas kepada felo penasihat blok L37 ini iaitu saudara Mohd Izuddin b. Md. Ithnan kerana telah menyumbangkan banyak idea dan buah fikiran yang begitu bernas dalam memajukan serta mengharmonikan blok L37 ini. Juga jutaan terima kasih kepada semua ahli blok L37 kerana telah memberi komitmen yang begitu baik dan cemerlang terhadap semua aktiviti yang dijalankan. Tanpa kerjasama semua pihak, mungkin matlamat utama blok ini iaitu ke arah mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa dan harmoni tidak akan tercapai. Semoga kasih dan sayang yang diberikan semua akan berterusan pada masa akan datang.


Salam keharmonian,

‘ke arah kediaman yang selesa dan harmoni’

Muhashahrul Shazmie bin Mohamed (Moucha)

P/S: Kepada sesiapa yang ingin meluahkan kutukan, sindiran dan tidak kurang juga tohmahan kepada moucha selepas membaca karangan penuh penipuan beliau diatas, anda digalakkan menulis kat komen... Ganyang moucha!!! Hahaha.. Gurau je...