Perang Kuali L37 - The Gentlemen's Duel

Sori aku tak update lama blog nih.. Komitmen lain banyak atau dalam erti kata sebenar, malas.. Ahli blok lain pun "busy" sgt dengan kerja diorg.. Yang paling busy of course la Paan.. Dia sibuk dgn "lab" dipagi hari, "PSM" dipetang hari, dan hantar "assignment" ditengah malam.. Kan Paan kan?? Haha.. Pe2 pon, aku akan sentiasa update aktiviti blok L37 demi memastikan blog ni tidak mati (at least time aku still incharge)..

Progam seterusnya di beri nama, Perang Kuali L37. Program berbentuk pertandingan memasak ini berjaya dijalankan tepat jam 6.15 petang, 27 Februari 2010 (Sabtu) dengan Apis sebagai pengarah merangkap juri pertandingan (tidak terlupa kepada Sudir, juri ke2). Program ini bertemakan "Mari Memasak, Lelaki Sejati!!!".. Butir2 pertandingan adalah seperti berikut;

Side A: Ayam Janda Masak Madu

Ketua Chef: Bob (Ketua Chef Restoren Masakan Zimbabwe)
Pembantu Chef I: Amzar (Digelar "Puaka Ayam Berahi" kerana kehebatannya membersihkan ayam mentah)
Pembantu Chef II: Zul (Penerima anugerah "Pemusnah Bawang" atas penguasaan beliau dengan teknik memotong bawang yang gagal)
Pencacai: Rahimi (No description available....)

Side B: Ayam Masak Ungkep Asmara Malam Pertama

Ketua Chef: Moucha (Ketua Chef Masakan Penan yang gagal)
Pembantu Chef I: Daus (Pemotong Cili yang bercakap lebih laju dari memotong)
Pembantu Chef II: Qadly (Errrr... Penyibuk je kot ni...)
Pencacai: Fairus (Perlu ke aku explain lagi??)

Setelah penilaian dibuat oleh para juri yang adil, gedik lagi saksama, maka dengan rasa tak puas hatinya aku mengumumkan Resepi Ayam Masak Ungkep Asmara Malam Pertama dari Side B telah menjuari pertandingan ni!!!

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, peserta dari Side B dengan penuh rasa bangga, telah mencium trofi berbentuk kaki ayam yang dimenangi.. Tahniah diucapkan.. Buat Side A, biarkan je la diorang tu.. Setakat puas cium piala tapi makan tak sedap wat pe.. Wahahaha..


~Nukilan author yang bias~



***Sebagai tanda jutaan terima kasih buat pembaca2 blog ini, edisi kali ini disertakan sekali dengan gambar model panas L37 ketika didapur.. Sentapzzzz!!!!

6 comments:

juwei 25 Mac 2010 7:11 PG  

puaka ayam berahi.. ha sesuai la tu. desperedo. hahahaha :D

Amzar 25 Mac 2010 10:20 PG  

shait la juwei!!!!

phizz88 25 Mac 2010 12:28 PTG  

Setelah penilaian dibuat oleh para juri yang adil, gedik lagi saksama, ... cam kunci berbulu ayat kau itu...!

Tanpa Nama 3 Ogos 2010 5:22 PTG  

haha..agak klaka & sinis d ctu yerp!!...lol~

Tanpa Nama 3 Ogos 2010 5:23 PTG  

best a blog kowg nieyh!!~hahahahahaha..cam sengal jerp..sy yg komen d ats yerp..

fakrulrazi 17 Oktober 2010 8:22 PTG  

rindhu blok L37 ni...

Catat Ulasan