Perhimpunan Bibik Bersatu

Aktiviti bermula pada pukul 10 pagi (janji melayu) dimana pengarah program (Farhan aka Batman) memberi sedikit taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti gotong-royong (kerahan tenaga) blok. Pengarah program, saudara Farhan menerangkan aktiviti (cakap kosong je sebanarnya) sepanjang hari itu dengan membahagikan semua ahli blok kepada dua kumpulan mengikut bahagian iaitu kumpulan A (Bibik Dalaman) dan kumpulan B (Bibik Luaran). Ahli blok seterusnya menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini seperti penyapu lantai, mop, berus, kain pengelap cermin, getah paip dan sebagainya bagi memudahkan perjalanan program.
Kesungguhan setiap ahli blok dapat dilihat dengan cara mereka mengemas, membasuh, mencuci dan lain-lain (pengarah bodek je ni). Tambahan pula, ada yang bertungkus lumus memanjat untuk membersih lampu syiling, kipas dan dinding blok dan tidak kurang hebatnya ada yang sanggup menahan nafas semasa proses pembersihan longkang dan tong sampah dijalankan (gimik je lebih cam Ronaldo). Walaubagaimanapun, ini sukar untuk setiap ahli blok dapat kerana ini adalah pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh ahli blok (ayat nak manis).
Setelah penat bekerja, akhirnya proses mencantikan blok berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Pengarah program memberi sedikit nasihat (bile masa la pulak) dan ucapan terima kasih (ade ke??) kepada semua ahli blok yang telah menjayakan aktiviti blok ini (tidak termasuk yang ponteng bekerja). Semua penghuni bersurai dan menyambung aktiviti sendiri (sambung tido).

Berikut merupakan antara tugas2 ketika gotong royong dijalankan:

Bibik Dalaman (kumpulan A)

Bibik Tugas2 Khas

Bibik ini digelar bibik sejati dan berasal dari keturunan raja yang digulingkan lantas dijadikan bibik. Sangat berdedikasi dan cekap melakukan kerja2 pembersihan. Tugas utama bibik kelas ini adalah untuk menukar air gantian selepas digunakan untuk pembersihan.



Bibik Dapur Berasap

Bibik ini bertugas untuk memastikan bahagian Dapur Diraja L37 dalam keadaan bersih, cantik, tertarik dan memang da bomb (bukan da bob)





Bibik Kayangan

Bukan bermaksud kelas bibik atasan atau pari2 bibik. Ia sebenarnya merujuk kepada bibik yang mencuci bahagian tinggi yang sukar dicapai oleh ketinggian normal para bibik.



The Bibik Next Door

Digelar begitu kerana tugas beliau yang perlu manyapu didepan bilik setiap orang dan koridor blok. Bibik ini juga dipilih berdasarkan faktor-faktor seperti kelembutan ayunan tangan dan pinggang yang bisa membongkok lama seperti model2 tua..



Bibik Raja Bersiram

Betanggungjawab dalam memastikan tempat mandi dan melepas hajat2 dalam keadaan clean and clear.. Bibik ini merupakan individu paling pembersih sekali dalam keturunan para bibik.





Bibik Luaran (Kumpulan B)

Bibik Sliding Door

Bibik yang dikerahkan untuk membersihkan sumer sliding door kat villa. Bibik ini biasanya mempunyai bentuk badan yang menawan untuk menarik perhatian gadis2 yang lalu lalang di sekitar villa..







Bibik Tepian Penjan

Bibik ini adalah diantara bibik kelas bawahan dan hanya dipertanggungjawabkan keatas kerja pembersihan cermin2 tingkap. Bibik ini juga biasanya mempunyai sikap seperti suka mengumpat dan bergurau senda ketika bekerja.

Laporan diatas merupakan laporan sebenar daripada pengarah program yang telah diedit semula bagi menunjukkan isi tersirat kepada umum... ^^,

9 comments:

aku bdk 105a 26 Ogos 2009 pada 6:12 PG  

wey gmbr zul xde nnti dier jeles ngan ak pstu boikot x nk amik gmbr ak hehehe xpe zul nnti ak ltk gmbr ko byk2

Amzar 26 Ogos 2009 pada 6:42 PG  

ade la gambar zul.. cube ko tgk baek2..

Tanpa Nama 26 Ogos 2009 pada 6:44 PG  

uit..
sape mengarang neh?
ayat tak bleh blah...
anyway..nice try...:-)

¬ Puan Seri ¬

f_daus 26 Ogos 2009 pada 6:52 PG  

motip sesngt.... kalah citer bawang putih bawang merah.... ak pn bibik jgk ek..??? ingat ak yg vouge dpt title ratu.... nape dua2 bibik ak pgg.... ak bkn GK mcm paan... jgn mareh aaa...

*** mantan Puan Seri ***

Amzar 26 Ogos 2009 pada 6:57 PG  

Puan seri ni saper??? Nak nyebok gune la nama org kenal.. Aku yang mengarang.. Aku kan admin blog nih.. Hahaha (gelak agak riak)

f_daus 26 Ogos 2009 pada 7:19 PG  

jom amzar kita cari sape pn seri nie...??? nk kenal skit.... btudung @ free hair...???

otromen taro 26 Ogos 2009 pada 3:13 PTG  

pehal lak paan gk daus arr gk sian kt dier ko wat spekulasi yg ngarut2 huhu

f_daus 27 Ogos 2009 pada 4:37 PTG  

pls 4give my mistakes b4 this...

f_hunt 27 Ogos 2009 pada 9:43 PTG  

ala daus huhu xpe maaf mu diterima

Catat Ulasan