Berita Terkini, Hiburan Sensasi

SKUDAI, 4 Oktober - Blok L37 Kolej Kediaman Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia digemparkan dengan kejadian sejadah bersembahyang. Kejadian aneh lagi menghairankan ini berlaku di ruang solat beberapa minit sebelum masuknya waktu solat maghrib bagi kawasan Johor Bahru dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Kejadian ajaib ini telah disaksikan oleh 2 orang penghuni L37 yang secara kebetulan sedang melayan teh panas berdekatan dengan tempat kejadian. "Saya perasan apabila sejadah tersebut terjatuh dr tempatnya dan bergolek-golek ketempat solat. Saya terlampau terkejut sehinggakan tidak sedar air liur saya meleleh", kata seorang saksi, Mohd Syerwan Sani ketika ditemuramah wartawan XXX. "Kejadian tersebut berlaku dgn pantas seolah-olah menunjukkan yang sejadah itu seperti ingin cepat2 menunaikan solat asar kerana waktu maghrib sudah hampir masuk pada waktu tersebut", jelas seorang lagi saksi, Mohd Fakrul Razi sambil tersipu-sipu malu.

Ketua blok L37, Moucha telah dihubungi menerusi telefon bagi mengulas mengenai kejadian ini. Beliau menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlalu taksub dgn kejadian ini dan cuba menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pemujaan. "Ini kawasan saya dan saya tidak akan membenarkan sesiapa sahaja memasuki kawasan saya tanpa membayar cukai terlebih dahulu", tegasnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.

3 comments:

Tanpa Nama 5 November 2009 pada 6:50 PTG  

sejak ble air liur aku keluar nh???

Amzar 6 November 2009 pada 2:44 PTG  

ko x sedar ke syerry?? haha..

moucha 8 November 2009 pada 3:17 PG  

syeery punyer air liur ke????ermm...

Catat Ulasan