Ini Bukan Iklan Racun Serangga!!

ANDA MAHU MAKAN DAN JIMAT??!! SERTAI KAMI DI

MAJLIS BERBUKA PUASA VILLA37 KALI KE-2!!!!

ALUMNI TURUT DIJEMPUT HADIR!!!!


InsyaAllah weekend ni, Villa37 akan mengadakan satu lagi Majlis Berbuka Puasa
yang LEBIH EKSLUSIF DAN MERIAH..

JANGAN MALU-MALU!!!

Berikut merupakan sedikit info mengenai program ini..

Hari : JUMAAT
Tarikh : 11/9/2009
Tempat : VILLA 37
Menu : NASI GORENG TERENGGANU + BBQ CHICKEN + KUIH-MUIH + AIR SEDAP

TENTATIF PROGRAM


PEMBAHAGIAN TUGAS

All About Villa 37







9002 Before Century

Tersebutlah kisah pada Zaman Paleolitik dahulu di benua Afrika, kelihatan peluh menitik-nitik jatuh dari ketiak 9 orang pahlawan terpilih dari suku kaum Jakun37 yang berjalan didalam Hutan Belukar Amazon. Biarpun berbeza kehenseman wajah, matlamat mereka hanyalah 1, mendapatkan Buluh Emas yang dicemari oleh bulu Panda Albino. Pohon ini sukar ditemui kerana tidak boleh didapati kat Jusco Taman U, tapi hanya didapati di sebuah pulau yang terletak ditengah2 hutan belukar yang luas tersebut. Jika mereka gagal, kampung kesayangan mereka akan musnah, itulah ramalan Pawang Puaka Moucha.

Titi kecil merentasi sungai ini dipanggil Titian Jantan. Pawang Puaka Moucha telah berpesan, barang siapa yang terjatuh kedalam sungai tersebut, maka secara automatiknya mereka akan bertukar menjadi Mak Nyah secara permanent..

Namun begitu, hanya 3 orang dari pahlawan tersebut berani menyeberangi titian maut tersebut. Yang lain tu bukan takut, tapi confirm tidak boleh melintasi titi atas faktor masalah berat badan..

Setelah berjaya mendapatkan buluh emas tersebut, wira-wira tersebut pulang dengan penuh kegembiraan. Didalam kepala mereka hanyalah anugerah gelaran Super Jakun, sebuah gelaran kaum Jakun37 yang merupakan darjat tertinggi bagi suku kaum Jakun37 yang masih teruna. Dengan gelaran ini, mereka pasti akan menjadi tarikan anak gadis Ketua Kaum yang cun dan digelar "Minah Sweater Disaster".

Sampai saja dikampung, Pawang Puaka Moucha aka Ketua Kaum menyeru seluruh penduduk bergotong-royong menyiapkan tempat ritual. Ritual tersebut dijalankan atas tanda kesyukuran. Tiada orang akan dikorbankan seperti kebiasaannya kerana seluruh suku kaum sedang berpuasa.

Para engineer suku kaum Jakun37 sedang berbincang mengenai struktur binaan. Pelbagai hukum fizik paling up-to-date pada zaman Paleolitik telah di'apply' bagi menghasilkan sebuah tugu ketua kaum namun di'cancel' kemudiannya. Reason, sebab ketua kampung tu Moucha..

Buruh2 binaan diambil dari kalangan tawanan perang. Mereka dikerahkan bekerja sepanjang hari tanpa makanan seimbang sehinggakan badan mereka kurus kering seperti pesakit Anorexia Nervousa.

Biarpun cuaca semakin panas, tiada tanda mereka akan berhenti. Kesemuanya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini. Yang melepak cumalah seseorang seperti yang tertera dalam rajah disebelah. Gelaran Ketua Kaum menyebabkan beliau hanya bermain dengan laptop pinjam biarpun sebenarnya beliau buta IT.

Dah la kurang melakukan kerja, beliau masih juga meng'kerek'kan dirinya dengan mengarahkan semua penduduk memberikan beliau tunduk hormat style suku kaum Jakun37 secara selamba.

Berlatar belakangkan lagu-lagu raya, sedikit demi sedikit hasilnya mula kelihatan. Terpancar kepuasan di wajah setiap penduduk. Scene2 ini dirakam menggunakan kamera SLR yang diperbuat dari batu, zaman Peleolitik la katakan.



Setelah hampir 4 jam bekerja, tempat ritual telah berjaya disiapkan. Tanpa membuang masa, amalan ritual tradisi turun temurun suku kaum Jakun37 dimulakan. Upacara ritual tersebut dijalankan dengan melompat-lompat menyerupai katak yang terkena sawan. Perpaduan jelas terserlah dengan adanya tawanan perang yang juga turut serta dalam kegembiraan ini.



3 Pahlawan tersohor telah dianugerahkan gelaran Super Jakun. Moucha sendiri turut memaksa juri memasukkan nama beliau sekali atas dasar tamak kuasa dan gila glemer. Pahlawan-pahlawan Super Jakun yang gagah, berani, dan hensem ini melakukan lompatan tradisi gaya Power Jakun Rangers sebagai tanda kegembiraan mereka seperti mana yang dilakukan oleh graduan2 yang menerima ijazah walaupun pointer cukup makan je.






Malam menjelma dan inilah masa yang paling sesuai melihat hasilnya.. Tadaaaaa...


PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli blok L37 yang sentiasa menyokong aktiviti blok secara langsung mahupun tidak langsung. Sekalung tahniah diberikan kepada pengarah Program Pelita ini, Ahmad Zulhilmi aka Zul atas kejayaan program biarpun beliau hanya berada bersama ketika mengambil buluh disebabkan terpaksa menghadiri meeting yang lebih penting. Buat Moucha, anda merupakan ketua blok terbaik!!! Hidup Moucha!!!

Kemaskini Akaun Villa 37 : 2 September 2009

Saya rasa anda semua ada hak untuk mengetahui ke mana perginya wang- wang yang anda laburkan. Chek this out!!!


Bukannye ape, ini bagi mengelakkan syak wasangka dan kemusykilan yang nyata terhadap kredibiliti saya sebagai pengurus wang anda2 semua... So.. Baki wang adalah sebanyak RM 54.60.. Rasenyer cukup tok program berikut nyer...

MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!

Assalamulaikum w.b.t

Selamat merdeka diucapkan kepada semua rakan-rakan blok L37 serta rakyat Malaysia sekalian. Hari ini, genap 52 tahun kemerdekaan negara kita.. Jadi, selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua. Semoga kemerdekaan ini mengingatkan kita sejauh manakah diri kita merdeka, sejauh manakah minda kita merdeka, dan sejauh manakah iman, hati dan jiwa kita merdeka dari anasir2 negatif..

Tapi, aktiviti blok jangan dilupa yer…

Sian kwn2 kite nih, hanya mereka yang setia menyambut kemerdekaan untuk blok kite..hahaha

Salam kemerdekaan…

~Moucha~



Hubungan mesra antara ahli blok begitu menyerlah skali pada gmbr diatas.. Bad ngan Daus saling berbincang bagi mempatriotikkan blok. (psst..... Bob pon ape kurangnye, begitu bersemangat meletakkan bendera dibahagian bilik adiknye yang tercinta, Zul)


Pergh.. Abg ketua blok kte menunjukkan semangat patriotik nyer sampi baju pon pakai jalur gemilang gak . Patut la bendera malaysia kat KTHO dah makin kurang.. Rupanye Abg Moucha kiter yang amik wat baju..... =p



Ni pulak Abg Daus kiter selaku model utk program merdeka villa 37. Beliau juga dikenali sbgi Raja 1 Malaysia.. Voley.. voley.. voley.. Vogue gitu Abg Daus. Sujud2.. Ratz.. ratz.. ratz..


Perancangan yg bgitu teliti skali antara 3 org pakar hiasan. Kalah Eric Leong..










Perghh.. Ni mcm gaya nk shooting film je. Daus amik softboard sbb tak tahan panas eyh??. Ye la.. model katakan.. Nanti tak vogue plak..









Inilah dier jalur gemilang yg tersegam indah di depan bilik Moucha a.k.a ketua blok. Eyh.. Abg Moucha kite tengah tukar baju la... Sujud skit bilik ketua blok.. Ratz.. ratz.. ratz..








Inilah hasilnya selepas penat lelah meletakkan kesemua bendera di sekitar villa 37. Ni baru skit.. Menghias blok episode 1.. Episode 2 akan menyusul kemudian.. Aidilfitri version nyer.. Yeahhh!!










(psstt.. Ahli-ahli blok lain juga telah menyumbangkan idea.. Diorg tak de time program ni sbb pegi perhimpunan villa-villa terbaeeekkkk!!!!! sedunia....)

Jejaka-Jejaka Tampan L37

SIDE A

L37/102
Nama : Ahmad Zulhilmi bin Ahmad Murshid
Nama Saintifik : Akhi Viva
Status : Tak lam
e lg tnggu jela.. (psstt.. Budak KTF)
Ayat Pengasih : The Power of Imagination Makes us Infinite
Idola : Kamen Rider


L37/
103
Nama : Badrul Hisham Baizuddin bin Ahmad Tugi
Nama Saintifik : Satria 'Badigol'
Status : Berubah-ubah ikut keadaan suhu
Ayat Pengasih : Kelajuan adalah segalanya
Idola : Firdaus & Zulhilmi

L37/104
Nama : Muhammad Fakhrul Razi bin Mohamed Rosli
Nama Saintifik : Angah a.k.a Toyol Topup
Status : Hatinya sentiase utk si dia di USM
Ayat Pengasih : Good Relationship & Knowledge Stand The Test of Time
Idola : Upin & Ipin


L37/105
Nama : Mohd Farhan Bin Roslan
Nama Saintifik : Bat-Paan-Man
Status
: Busy sbb tiap2 mlm sibuk wat keje amal
Ayat Pengasih : It's not who I'm underneath but what I do that defines me
Idola : Ibnu Si
na, Al- Khawarizmi, Karl Maxwell, Zed Zaidi


L37/106
Nama : Mohd Amzar bin Mohamed Zahari
Nama Saintifik : Majin Buu @ Si Comel
Status : Setia pada nak makcik nyer yg dikasihi
Ayat Pengasih :
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Idola : Majin Buu, Optimus Prime, Gundam
Blog peribadi: http://coret-carut.blogspot.com/

L37/107
Nama : Mohamad Amirrun Nazrie bin Suhaimi
Nama Saintifik : Boooobby!!! a.k.a Bob
Status : Bersama sama adik2 1st year
Ayat Pengasih : Towards Global Bob
Idola : Dr. Lan, Dr.Firdausi


L37/202
Nama : Mohd Taufek bin Mohd Noh
Nama Saintifik : Penjaga Hose Washing Machine
Status : Its complicated
Ayat Pengasih : Pemimpin berjaya pemangkin ukhwah
Idola : Ustaz Akhil Hayy, In tooweesee, EPSILON, Irfan


L37/204
Nama : Mohd Rahimi bin Abd. Ghani
Nama Saintifik : MR AG
Status : Ntah.. Cuba tanye Syerwan..
Ayat Pengasih : Every cloud have a silver lining
Idola : Syerwan, Moucha


L37/205
Nama : Mohd Syerwan bin Mohd Sani
Nama Saintifik : Sherry Merry
Status : Ntah.. Tanye arr Rahimi (psst.. tp kontroversi AGA di FKKKSA)
Ayat Pengasih : Keretaku, keretamu jua
Idola : P.Ramlee,Ramlah Ram



SIDE B


L37/102
Nama : Ahmad Fairus bin Mohamad Nama Saintifik : 5 rose
Status : Anak gadis Losong
Ayat Pengasih : Berusaha, Berikhtiar , Bertawakal dan Berjaya
Idola : Artis 50-an & 60-an



L37/103
Nama : Mohd Firdaus bin Asmara
Nama Saintifik : Ratu Vogue Novella
Status : Waallahualam..
Ayat Pengasih : Ilmu Kerana Allah, Hadiah Utk Semua

Idola : Mariah Carey, Tony Braxton, Ong Hock Chye

L37/104
Nama : Mohd Harfiz bin Salehudin
Nama Saintifik : ‘Alour’ Ibu L37
Status : Not sure
Ayat Pengasih : Our Greatest Glory Is In Not Ever Falling, But In Raising Everytime We Fall
Idola : Sudir, Chef Wan

L37/105
Nama : Qadly Ameen B. Pahlawi
Nama Saintifik : Yldaq a.k.a 'Qad'
Status : Ade ke ????
Ayat Pengasih : The Best Way Out Is Always Through
Idola : Jonas Brothers, Azizul Azman


L37/106
Nama : Muhammad B. Radzali
Nama Saintifik : Abang ‘Mat’
Status : Bdk KTF (FPPSM.. Oppsss)
Ayat Pengasih : Senyum selalu
Idola : Vince & Dafi


L37/107
Nama : Wong Jing Kae
Nama Saintifik : Abe Wong
Status : Cikgu amoi
Ayat Pengasih : Perpaduan tonggak kejayaan L37
Idola : Dr. Lan


L37/202
Nama : Muhashahrul Shazmie B. Mohamed
Nama Saintifik : Moucha
Status : Available (jangan edit)
Ayat Pengasih : Love, Peace, Respect
Idola : Michael epsilon


L37/204
Nama : Muhammad Rafizi b. Jamaludin
Nama Saintifik : Panjang
Status : Sentiasa berkepit 18 jam
Ayat Pengasih : Hiduplah dengan seimbang
Idola: En Apai

L37/205
Nama : Mohd Aminur Rashid bin Hamzah
Nama Saintifik : Minour
Status : Tunggu masa/kad jer... Pas grad, bley r makan nasik minyak..
Ayat Pengasih : Whatever you do, Wherever you are, Don’t bring failure back to your home
Idola : Cikgu kimia Ganu kite..


Gambar Candid Ketika Bersahur & Berbuka


Gambar di atas menunjukkan daus yang sentiasa komited dalam menjalankan kerjanya sebagai pengendali makanan walaupun terpaksa bangun seawal 3.30 pagi untuk menyiapkan juadah sahur untuk ahli-ahli blok yang lain.

Yeah.... Untuk membuat sandwich yang sedap, kita haruss menggunakan mayonnaise yang berkualiti tinggi ye puan-puan!!!


Beberapa minit sebelum berbuka...
sesi membahagi-bahagikan makanan sama rata kepada 6 dulang untuk dimakan secara berjemaah..


(Terpakse gunakan ayat skema sahaja untuk memuaskan hati sesetengah pihak)








Berikut pula menunjukkan suasana sebaik sahaja azan berkumandang...
Ahli-ahli terus mengambil tempat-tempat mereka dan menjamu selera dengan makanan yang penuh kesederhanaan




Ini pula daun pisang.. digunakan untuk membangkitkan aroma nasi, menjadikan tetamu berselera untuk menjamu selera.
(sumber daun pisang; belakang rumah felo.. hehe)








Menu:
Nasi Putih
Ayam masak merah
Sayur kobis goreng
Kuih muih
Air sirap ais
Teh panas












Fairus , zul dan lain2 bergotong royong mencuci cawan dan talam yang telah digunakan sambil diperhatikan ahli blok yang lain kerana tidak berpeluang men-joinkan diri mereka untuk bersama-sama mencuci cawan dan pinggan mangkuk beramai-ramai...












Lihat ye... Kita harussss melurut daun pisang ini secara perlahan- lahan dan tanpa segan silu untuk mendapatkan potongan yang cantik dan juga bagi mengelakkan daun pisang kita terkoyak. selepas itu, kita bolehlah menyahkuman daun2 pisang tadi sebelum digunakan..