Dengan ini, aku mewakili ketua blok, Moucha dan seluruh penghuni Blok L37 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada penghuni-penghuni blok L37, warga Kolej Tun Hussein Onn, warga Universiti Teknologi Malaysia dan seluruh umat Islam yang sudi mengunjungi blog kami ni.. Kami ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan yg disengajakan mahupun tidak kepada semua yang mengenali kami, termasuklah cleaner yg mungkin marah dan mengeluh apabila melihat blok kami yang kadang-kala bersepah ni..
Buat teman-teman, semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.. Moga Aidilfitri tahun ni membawa sejuta makna dan kenangan manis buat kita semua. Balik cuti nanti janganlah berpura-pura terlupa bawa kuih raya ataupun cuba menggunakan alasan beg dah tak muat ye.. Khas buat Badrul Hisham Baizuddin Bin Ahmad Tugi, kami sumer menagih stok mercun pas cuti ni.. Janji tetap janji.. Huhu..
Salam Aidilfitri
Labels: Segmen Ketua Blok
Ramadhan BBQ: A Story From Oversea
Ramadhan BBQ: The Chosen 'Pencuci Ayam'
Ramadhan BBQ: The Cheap Flickering Lamp Engineer
Ramadhan BBQ: The 'Bakar Ayam' Rangers
Ramadhan BBQ: The Lord of Kitchen
Ramadhan BBQ: The Legendary Carpenter
Ramadhan BBQ: The Food Maniac
p/s: This post is the FIRST English post in this blog.. Cheers for the author!!! Sorry for the 5 days late in posting to the blog. Got not much free time.. This event been held on last Friday, 11/09/2009..
Labels: Aktiviti Blok
Ini Bukan Iklan Racun Serangga!!
MAJLIS BERBUKA PUASA VILLA37 KALI KE-2!!!!
ALUMNI TURUT DIJEMPUT HADIR!!!!
InsyaAllah weekend ni, Villa37 akan mengadakan satu lagi Majlis Berbuka Puasa
yang LEBIH EKSLUSIF DAN MERIAH..
Berikut merupakan sedikit info mengenai program ini..
Tarikh : 11/9/2009
Tempat : VILLA 37
Menu : NASI GORENG TERENGGANU + BBQ CHICKEN + KUIH-MUIH + AIR SEDAP

PEMBAHAGIAN TUGAS

Labels: Aktiviti Blok
9002 Before Century
Tersebutlah kisah pada Zaman Paleolitik dahulu di benua Afrika, kelihatan peluh menitik-nitik jatuh dari ketiak 9 orang pahlawan terpilih dari suku kaum Jakun37 yang berjalan didalam Hutan Belukar Amazon. Biarpun berbeza kehenseman wajah, matlamat mereka hanyalah 1, mendapatkan Buluh Emas yang dicemari oleh bulu Panda Albino. Pohon ini sukar ditemui kerana tidak boleh didapati kat Jusco Taman U, tapi hanya didapati di sebuah pulau yang terletak ditengah2 hutan belukar yang luas tersebut. Jika mereka gagal, kampung kesayangan mereka akan musnah, itulah ramalan Pawang Puaka Moucha.Titi kecil merentasi sungai ini dipanggil Titian Jantan. Pawang Puaka Moucha telah berpesan, barang siapa yang terjatuh kedalam sungai tersebut, maka secara automatiknya mereka akan bertukar menjadi Mak Nyah secara permanent..
Namun begitu, hanya 3 orang dari pahlawan tersebut berani menyeberangi titian maut tersebut. Yang lain tu bukan takut, tapi confirm tidak boleh melintasi titi atas faktor masalah berat badan..
Setelah berjaya mendapatkan buluh emas tersebut, wira-wira tersebut pulang dengan penuh kegembiraan. Didalam kepala mereka hanyalah anugerah gelaran Super Jakun, sebuah gelaran kaum Jakun37 yang merupakan darjat tertinggi bagi suku kaum Jakun37 yang masih teruna. Dengan gelaran ini, mereka pasti akan menjadi tarikan anak gadis Ketua Kaum yang cun dan digelar "Minah Sweater Disaster".
Sampai saja dikampung, Pawang Puaka Moucha aka Ketua Kaum menyeru seluruh penduduk bergotong-royong menyiapkan tempat ritual. Ritual tersebut dijalankan atas tanda kesyukuran. Tiada orang akan dikorbankan seperti kebiasaannya kerana seluruh suku kaum sedang berpuasa.Para engineer suku kaum Jakun37 sedang berbincang mengenai struktur binaan. Pelbagai hukum fizik paling up-to-date pada zaman Paleolitik telah di'apply' bagi menghasilkan sebuah tugu ketua kaum namun di'cancel' kemudiannya. Reason, sebab ketua kampung tu Moucha..
Buruh2 binaan diambil dari kalangan tawanan perang. Mereka dikerahkan bekerja sepanjang hari tanpa makanan seimbang sehinggakan badan mereka kurus kering seperti pesakit Anorexia Nervousa.
Biarpun cuaca semakin panas, tiada tanda mereka akan berhenti. Kesemuanya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini. Yang melepak cumalah seseorang seperti yang tertera dalam rajah disebelah. Gelaran Ketua Kaum menyebabkan beliau hanya bermain dengan laptop pinjam biarpun sebenarnya beliau buta IT.
Dah la kurang melakukan kerja, beliau masih juga meng'kerek'kan dirinya dengan mengarahkan semua penduduk memberikan beliau tunduk hormat style suku kaum Jakun37 secara selamba.
Berlatar belakangkan lagu-lagu raya, sedikit demi sedikit hasilnya mula kelihatan. Terpancar kepuasan di wajah setiap penduduk. Scene2 ini dirakam menggunakan kamera SLR yang diperbuat dari batu, zaman Peleolitik la katakan.
Setelah hampir 4 jam bekerja, tempat ritual telah berjaya disiapkan. Tanpa membuang masa, amalan ritual tradisi turun temurun suku kaum Jakun37 dimulakan. Upacara ritual tersebut dijalankan dengan melompat-lompat menyerupai katak yang terkena sawan. Perpaduan jelas terserlah dengan adanya tawanan perang yang juga turut serta dalam kegembiraan ini.3 Pahlawan tersohor telah dianugerahkan gelaran Super Jakun. Moucha sendiri turut memaksa juri memasukkan nama beliau sekali atas dasar tamak kuasa dan gila glemer. Pahlawan-pahlawan Super Jakun yang gagah, berani, dan hensem ini melakukan lompatan tradisi gaya Power Jakun Rangers sebagai tanda kegembiraan mereka seperti mana yang dilakukan oleh graduan2 yang menerima ijazah walaupun pointer cukup makan je.
Malam menjelma dan inilah masa yang paling sesuai melihat hasilnya.. Tadaaaaa...
PENGHARGAAN
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli blok L37 yang sentiasa menyokong aktiviti blok secara langsung mahupun tidak langsung. Sekalung tahniah diberikan kepada pengarah Program Pelita ini, Ahmad Zulhilmi aka Zul atas kejayaan program biarpun beliau hanya berada bersama ketika mengambil buluh disebabkan terpaksa menghadiri meeting yang lebih penting. Buat Moucha, anda merupakan ketua blok terbaik!!! Hidup Moucha!!!
Labels: Aktiviti Blok
Kemaskini Akaun Villa 37 : 2 September 2009
Saya rasa anda semua ada hak untuk mengetahui ke mana perginya wang- wang yang anda laburkan. Chek this out!!!
Bukannye ape, ini bagi mengelakkan syak wasangka dan kemusykilan yang nyata terhadap kredibiliti saya sebagai pengurus wang anda2 semua... So.. Baki wang adalah sebanyak RM 54.60.. Rasenyer cukup tok program berikut nyer...
Labels: Kewangan L37