Assalamualaikum w.b.t
Beberapa hari lagi, kita semua bakal meninggalkan semester ini. Alhamdulillah, banyak program telah brjaya di laksanakan.. Ketahuilah, bahawa program-program tersebut hanya akan dapat dijalankan dengan adanya kerjasama penuh daripada semua ahli blok. Dengan penuh rendah diri, ketua blok L37 untuk sesi ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sesungguhnya ia sangat bernilai untuk kita semua.
11 November 2009.. 9.00 - 11.30 am
Berlaku satu lagi aktiviti yang tidak dirancang dengan baik tetapi dapat berjalan dengan penuh berjaya. Bermula dengan perlawanan badminton Siri 3 di antara ahli-ahli blok L37 dan L36.
hampir separuh daripada ahli blok telah menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi terhadap aktiviti ini. Mungkin pada masa akan datang, kita boleh mengadakan perlawanan ini dengan lebih berjaya..
walau di mana jua, Daus sentiasa mempraktikkan gaya dan posing ala-ala model yang vouge ketika bermain.
Tidak ketinggalan wakil beregu daripada L36..Terima kasih kerana memberi saingan yang cukup sengit. itu membuktikan bahawa bdk L36 tidak hanya pandai bergaya dengan kereta-kereta mereka je.
Pada sebelah petang pula, satu lagi aktiviti telah diadakan iaitu riang ria di pusat bowling. Bertempat di Plaza Angsana, penyertaan cukup memberansangkan. Tanpa perlu dipaksa, ramai warga L37 dan jirannya menyertai aktiviti ini.
11 November 2009.. 3.30- 4.30
Setelah penat menghabiskan perlawanan itu, perasaan kelaparan menyelubungi semua pemain pro tersebut. Satu perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menentukan restoren pilihan. Dan akhirnya, KFC telah bertuah kerana telah di pilih oleh majoriti pemain-pemain pro tersebut untuk singgah menjamah hidangan mereka.
11 November 2009.. 9.00 - 11.30 pm
Pada sebelah malamnya,
Salam Keharmonian..
Ketua Blok L37~